
All about my story.ape yg sy suka dan ape sy lalui.Hurm,CINTA?.Ade ape ngan cinta?,Sesungguhnye tanpa kehadiran cinta mungkin hidup manusia takkan menjadi sempurna....Cinta Dan Manusia Saling Memerlukan seperti juga kita memerlukan matahari.Tanpa matahari kita tidak boleh meneruskan kehidupan dan tanpa cinta..Hidup tidaklah gembira.Hidup ini banyak dugaan yg kita perlu hadapi..susah atau senang kita perlu laluinya juga.kerana kehidupan itu sebenarnya memberi kita nikmat kehidupan sebenar.
NF
Thursday, January 5, 2012
Kisah Pensil Dan Pemadam
Pencil : I'm Sorry...
Pemadam : Untuk apa?? Awak tak ada buat salah apa-apa..
Pencil : Saya minta maaf sebab awak selalu terluka kerana saya, bilamana saya sedih awak selalu disisi untuk memadamkannya. Tetapi awak tak sedar, setiap kali awak cuba memadam kesedihan saya, awak telah memakan diri awak sendiri, Awak menjadi kecil dan semakin kecil.
Pemadam : Itu benar, Tapi saya sikit pun tak kisah, awak tahu kan, saya diciptakan untuk berbakti, saya dicipta untuk menolong awak andainya awak melakukan kesilapan. Walaupun suatu hari, saya tahu saya akan pergi jua dan kamu akan menggantikan saya dengan yang baru, tetapi jauh dilubuk hati, saya gembira, gembira kerana dapat menolong kamu.. Jadi, janganlah bersedih, saya benci melihat kamu bersedih.
Sebenarnya perbualan di atas mengenai pensil dan pemadam sebenarnya menggambarkan kehidupan kita dengan ibu bapa.. Ibu bapa umpama pemadam dan kita adalah pensil..
Ibu bapa sentiasa disisi kita, andai kita melakukan kesilapan, mereka akan memberi teguran dan jika kita bersedih, mereka akan cuba memadam kesedihan kita..
Tetapi kekadang tanpa kita sedari kita juga ada melukakan hati mereka, mereka menjadi semakin kecil (tua dan uzur) dan pada masa nie kita seharusnya bertindak sebagai pemadam buat ibu bapa kita.
Walau kita ada pengganti baru (iaitu pasangan kita) tetapi ibu bapa usah dilupakan..
Sebabnya ~ ibu bapa benci melihat kita bersedih, sebaliknya mahu kita sentiasa gembira...
Marilah kita berbakti pada ibu bapa kita selagi mereka masih hidup...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment