Info dan Khasiat Pokok Misai Kucing
Info dan Khasiat Pokok Misai Kucing
Pengenalan
Hampir keseluruhan bahagian pokoknya boleh digunakan. Kehebatan penyembuhan
pokok misai kucing ini adalah lantaran kandungan kimianya yang hebat
seperti cirsimaritin, myoinositol, orthosiphon, pillion, rhamnasin, bmlt
oioioldsalvigenin, kerotin, kerotinoid, minyak pati, flavanoid, glukosid
glikoprotein, saponin dan terpenoid. Misai kucing telah terkenal sejak
turun temurun kerana dapat membuang dan mencuci darah dari toksid
Khasiat Pokok
Misai Kucing
Dalam
usaha mengumpul info khazanah herba di Malaysia, kami susun dan senaraikan
pelbagai herba dan ulam yang terdapat di Malaysia. Moga ianya menjadi manafaat
untuk semua. Amalan memakan ulam-ulaman segar oleh masyarakat kampung,
menjadikan mereka hidup sihat sepanjang hayat. Moga ilmu dan khazanah ini tidak
hilang di telan zaman.
Pengenalan
Hampir keseluruhan bahagian
pokoknya boleh digunakan. Kehebatan penyembuhan pokok misai kucing ini adalah
lantaran kandungan kimianya yang hebat seperti cirsimaritin, myoinositol,
orthosiphon, pillion, rhamnasin, bmlt oioioldsalvigenin, kerotin, kerotinoid,
minyak pati, flavanoid, glukosid glikoprotein, saponin dan
terpenoid.Misai kucing telah terkenal sejak turun temurun kerana
dapat membuang dan mencuci darahdari toksid yang
berlebihan. Juga dapat membantu tubuh mengeluarkan bendalir
berlebihan terutamanya dari sendi. Mengandungi kandungan kalium yang mencukupi
untuk menggantikan kehilangan kalium dari badan semasa pembuangan air
kencing. Ia juga tidak mendatangkan masalah pada buah pinggang seperti kebanyakan ubat-ubat moden.
Dapatjuga merawat penyakit lain seperti gout, athriris, reumatik dan
penyakit batu karang, selain dapat mencegah pembentukan batu karang dan
jangkitan saluran kencing, diabetes and
nephritis. arteriosclerosis
(capillary dan masalah peredaran darah), Terkenal juga dengan
khasiatnya untuk merawat
kencing manis, mengurangkan kadar kolesterol darah, menurunkan tekanan darah
tinggi dan melegakan kekejangan smooth muscle pada dinding organ dalaman
disamping sifat antiseptiknya. Misai
kucing atau nama saintifiknya Orthosiphon Aristatus adalah
asal usul nama kepada Lippenblütengewächse/Lamiaceae/Labiatae. Pokok herba ini
ditemui di seluruh negara Asia Tenggara dan Australia tropika. Banyak khasiat
yang terdapat pada pokok misai kucing ini. Rasanya pasti ramai
yang sudah ketahui kebaikan misai kucing kerana di negara Malaysia sangat
popular dengan jualan TEH MISAI KUCING.
KHASIAT
·
Merawat penyakit buah pinggan
·
Batu pundi kencing
·
Jangkitan saluran kencing
·
Hati dan masalah pundi kencing
·
Gout
·
Mengurangkan kolesterol + tekanan
darah
·
Bersifat Antiallergic
+ Antihipertensi + Anti-radang + Diuretik + Arteriosklerosis
·
Nephritis
·
Melegakan kekejangan otot dalam
dinding organ dalaman
CARA2 PENGGUNAAN MISAI KUCING
·
Ambil beberapa bunga herba misai
kucing dan direbus dengan 5 cawan air
·
minum setiap hari pagi + malam
sebelum atau selepas makan ATAU
·
Ambil beberapa bunga herba misai
kucing. Digunting kecil2 atau dikoyak2kan
·
Rendam dengan secawan air panas.
Tutup dan biarkan suam.
·
Minum hingga habis. Amalkan setiap
hari pagi + malam.
Misai
kucing ini lebih baik diamalkan setiap hari untuk keputusan yang lebih baik.
Semasa pengambilan teh misai kucing, haruslah dijaga juga pemakanan seperti
gula dan sebagainya.
Huraian
Herba Misai Kucing telah digunakan sejak beratus-ratus tahun dahulu oleh pengamal perubatan tradisional untuk merawat penyakit berkaitan pundi kencing (seperti batu karang) dan buah pinggang. Kandungan ortosifonim dan garam kalium (yang terdapat pada daunnya), merupakan komponen utama yang membantu larutnya asid urik, fosfat dan oksalat dalam tubuh manusia, terutama dalam hempedu ataupun ginjal sehingga dapat mencegah terjadinya endapan batu karang. Kandungan saponin dan tanin pada daun juga boleh mengubati penyakit keputihan yang dialami oleh sesetengah wanita.Penyelidikan semasa telah mengenal pasti kesan-kesan Misai Kucing sebagai berpunca daripada komponen fenolik dan flavonoid. Sebatian-sebatian ini merangsang pembersihan sel dan perlindungan yang lebih baik melalui beberapa kaedah. Pertama, ia meningkatkan pembuangan asid metabolik dan natrium melalui ginjal (buah pinggang), yang dipanggil diuresis, dengan cara yang tidak memudaratkan ginjal. Ini menjadikannya antara bahan diuretik paling selamat di kalangan ubatan herba. Sesetengah daripada hasil penyelidikan awal terhadap herba ini telah dibuat berhubung usaha menilai kegunaannya sebagai rawatan tradisional untuk menghapuskan batu karang. Ia merupakan salah satu daripada segelintir bahan herba yang telah diluluskan oleh kerajaan Jerman untuk meningkatkan isi padu air kencing bagi mencegah batu karang. Ia disyorkan khusus untuk mencegah pembentukan batu karang akibat asid urik. Dos saranan untuk herba kering ialah 300 – 800 mg sehari, yakni kira-kira 1.5 – 4 gram daun segar.Selain itu, daun misai kucing juga digunakan sebagai rawatan sakit pinggang, radang ginjal, masuk angin, kencing manis dandemam. Tanaman ini juga boleh digunakan sebagai bahan antialergi, gout, athritis (radang sendi) dan reumatik (sengal-sengal atau lenguh) kerana ia dapat menyingkirkan asid urik dan toksik metabolik yang berlebihan pada sendi dan otot. Bila asid-asid ini terkumpul secara berlebihan pada tisu-tisu, ditambah pula dengan sistem pengedaran yang lemah, itulah yang menyebabkan kesakitan dan radang pada sendi dan otot. Disamping itu juga, misai kucing digunakan untuk mengurangkan kolesterol dan tekanan darah. Penyelidikan juga telah mendapati ianya bersifat antiseptik.Para penyelidik daripada Fakulti Farmasi, Universiti Fukuyama, Jepun telah mendapati bahawa sesetengah daripada sebatian herba ini menggalakkan penurunan secara berterusan terhadap tekanan darah sistolik melalui tindakan vasodilasi (pengembangan pembuluh darah), penurunan keluaran kardiak dan tindakan diuretik dalam penghapusan natrium. Ini menerangkan dengan jelas kesan-kesan positif herba ini dalam rawatan hipertensi yang mana telah berlaku penggunaan herba ini secara berdokumen sebagai rawatan tradisional di Indonesia selama ratusan tahun yang lalu. Dalam satu kajian yang hasilnya diterbitkan pada tahun 2007 oleh Pusat Kajian Sains Farmaseutik di Universiti Sains Malaysia herba ini didapati mengandungi sifat-sifat antioksidan dan penghapus radikal bebas. Ini juga mengesahkan penggunaannya secara tradisional dalam merawat masalah hati, kerana ia telah terbukti merangsang perlindungan hati daripada keracunan bahan toksik secara bergantung pada dos (dosedependent).

info dari
Sumber Rujukan
Sumber Rujukan
No comments:
Post a Comment