NF

Saturday, June 11, 2011

~Angin Sampaikan Salam Sayangku Padanya~

Malam ini aku memikirkamu lagi
Nafasku menjadi semakin sesak
Jantungku berdegup kencang
Nadiku berlagu sepi
Jiwaku kosong
Mataku kabur kerana air mata yang mengalir sayu......
Ingin sekali rasanya aku menjerit dipuncak gunung
melaungkan betapa dalamnya rinduku padamu
melaungkan begitu gilanya cintaku
padamu....
Agar kamu tahu bagaimana tersiksanya...
Hatiku....

Wahai angin..bantulah aku
Sampaikanlah salam rinduku padanya
Yang tidak pernah terucap....
Agar dia tahu aku merinduinya disini

Wahai sang burung...
Tolanglah aku...
Berkicaulah dengan merdu
Supaya dia mengerti bait-bait cinta
Yang sudah indah untuknya ....

Wahai hujan .
Turunlah dengan gerimis
Agar dia tahu betapa sunyinya aku disini
Tanpanya...

Wahai pelangi,mintak ku
Bersinarlah setelah hujan berlalu
Supaya dia tahu sesungguhnya aku disini masih berharap dihatinya...

Ya Allah
Aku memohon ,aku merayu ,aku bersujud
Padamu jatuhkanlah hatinya padaku
Agar aku akan menjadi sesuatu yang halal
Baginya....
Agar aku boleh meluangkan masa-masa
yang sekarang dengannya

Ya Allah
Sekiranya dia bukan tercipta untukku
Jauhkanlah aku dengannya...
Agar aku tidak terus membuang
Waktu yang amat suntuk ini

Ya Allah
Sekiranya waktunya telah habis
Aku mohon padamu
Tolanglah simpan rahsia ini sebaik-baiknya..
Kerana hanya Engkau sahaja yang paling tahu..
Rahsia yang paling indah seumur hidupku
Duhai pujaan hatiku sayang
Mungkin kamu tidak pernah akan tahu
Sajak ini dicoret Khas Buatmu...
Cuma satu yang aku mahu kamu mengerti
kamu terlalu sempurna untuk aku dekati
Maafkan andai aku tidak sempurna
Tetapi mengertilah kamu wahai
Lelaki kesayanganku
Sesungguhnya
Rasa cinta ini
Aku sendiri tidak mungkin mencegahnya...




P/S: Ni BUKAN Karya asl Cik Nur....Cik Nur xde lah jiwang sgt,,hehehe

No comments:

Post a Comment