NF

Saturday, January 7, 2012

Kisah doktor~



Seorang doktor meluru masuk ke ruang hospital dalam keadaan tergesa-gesa selepas mendapat panggilan kecemasan dari pihak hospital.. dia menukar pakaian dan terus meluru ke blok pembedahan.. dia mendapati ayah kepada budak yang berada dalam bilik pembedahan sedang berdiri menunggunya.. apabila si ayah melihat doktor itu, dia terus berteriak.. 


"kenapa kamu ambil masa yg lama utk datang..??kamu tahu x anak saya dalam bahaya sekarang nie..??kamu x ada rasa bertanggungjawab ke..??" doktor tersebut tersenyum dan berkata : " sy minta maaf, saya berada di luar hospital & sy datang sepantas yg mungkin selepas mendapat panggilan kecemasan tu..dan sekarang, saya harap anda bertenang..jadi, saya dapat buat kerja saya.." "bertenang kamu kata..?! kalau anak kamu berada dalam bilik 2 skrang nie, bolehkah kamu bertenang..??kalau anak kamu mati sekarang nie apa yg kamu buat..??kata si ayah dgn marah.. si doktor tersenyum lagi & berkata : 


" saya akan kata bahawa Allah telah berfirman dlm kitab-Nya yg suci " drp Allah kita dtg dan kepada-Nya kita kembali"..doktor x mampu utk memanjangkan hayat seseorang..Insya-Allah kami akan cuba yg terbaik utk anak kamu.." "memberi nasihat bila kita x mengalaminya memang senang..!" gumam si ayah.. pembedahan tu mengambil masa beberapa jam..x lama kemudian, si doktor keluar dgn gembira.. "alhamdulillah..anak anda selamat..!" dia terus berjalan tanpa menghiraukan si ayah "kalau kamu ada sebarang soalan..kamu boleh tanya jururawat..!" 


"kenapa doktor 2 sombong sangat..?! x boleh ke dia tunggu beberapa minit supaya saya dpt tnya beberapa soalan tentang anak saya..?!"komen si ayah selepas melihat jururawat.. jururawat itu berkata sambil air mata mengalir di pipinya : "anaknya meninggal dunia semalam dlm kemalangan jln raya..dia berada dlm upacara pengebumiaan anaknya ketika kami menghubunginya utk pembedahan anak encik..dan sekarang dia telahpun menyelamatkan nyawa anak encik, dia tergesa-gesa utk menghabiskan upacara pengebumiaan anaknya.."  


Moral : Never judge anyone..... because U never know how their life is & what they're going through...

Thursday, January 5, 2012

a Litle moment~















Kisah Pensil Dan Pemadam







Pencil : I'm Sorry...



Pemadam : Untuk apa?? Awak tak ada buat salah apa-apa..



Pencil : Saya minta maaf sebab awak selalu terluka kerana saya, bilamana saya sedih awak selalu disisi untuk memadamkannya. Tetapi awak tak sedar, setiap kali awak cuba memadam kesedihan saya, awak telah memakan diri awak sendiri, Awak menjadi kecil dan semakin kecil.





Pemadam : Itu benar, Tapi saya sikit pun tak kisah, awak tahu kan, saya diciptakan untuk berbakti, saya dicipta untuk menolong awak andainya awak melakukan kesilapan. Walaupun suatu hari, saya tahu saya akan pergi jua dan kamu akan menggantikan saya dengan yang baru, tetapi jauh dilubuk hati, saya gembira, gembira kerana dapat menolong kamu.. Jadi, janganlah bersedih, saya benci melihat kamu bersedih.



Sebenarnya perbualan di atas mengenai pensil dan pemadam sebenarnya menggambarkan kehidupan kita dengan ibu bapa.. Ibu bapa umpama pemadam dan kita adalah pensil..
Ibu bapa sentiasa disisi kita, andai kita melakukan kesilapan, mereka akan memberi teguran dan jika kita bersedih, mereka akan cuba memadam kesedihan kita..
Tetapi kekadang tanpa kita sedari kita juga ada melukakan hati mereka, mereka menjadi semakin kecil (tua dan uzur) dan pada masa nie kita seharusnya bertindak sebagai pemadam buat ibu bapa kita.
Walau kita ada pengganti baru (iaitu pasangan kita) tetapi ibu bapa usah dilupakan..
Sebabnya ~ ibu bapa benci melihat kita bersedih, sebaliknya mahu kita sentiasa gembira...






Marilah kita berbakti pada ibu bapa kita selagi mereka masih hidup...

My Lovely Cat