Kiranya benar takdir cinta kita
Cuma setakat ini
Maafkan ku pohon darimu sayang
Dari detik pertama perkenalan
Hingga saat perpisahan
Maafkan ku tak berdaya
Menjadi seperti yang kamu inginkan
Aku cuma aku
Aku bukan insan sempurna
Maafkan aku
Kerana aku tidak boleh melupakan dirimu
Wajahmu,baik tuturmu
Segala yang ada padamu
Akan sentiasa dikalbuku
Andai tiba saatnya
Kamu temui penggantiku
Akan ku titipkan doa
Moga kamu bahagia
Disampingnya.
No comments:
Post a Comment