NF

Saturday, May 7, 2016

Khasiat Pokok Mulberry



Info dan Khasiat Pokok Mulberry

Pengenalan Tanaman dengan daun penghasil klorofil ini awalnya dikenal sebagai makanan istimewa ulat sutra, jika tidak makan daun ini ulat sutra tidak menghasilkan sutra yang baik. oleh karena itu, banyak petani yang membudidayakan tanaman ini. Mulberry adalah jenis tanaman yang tumbuh dengan sinar matahari sehingga tanaman ini dapat tumbuh pada ketinggian lebih dari 100m dari

Khasiat Pokok Mulberry

Dalam usaha mengumpul info khazanah herba di Malaysia, kami susun dan senaraikan pelbagai herba dan ulam yang terdapat di Malaysia. Moga ianya menjadi manafaat untuk semua. Amalan memakan ulam-ulaman segar oleh masyarakat kampung, menjadikan mereka hidup sihat sepanjang hayat. Moga ilmu dan khazanah ini tidak hilang di telan zaman.

Artikel kali ini membincangkan tentang Khasiat Pokok Mulberry yang mana mempunyai pelbagai nama dan khasiat seperti demam panas, membersihkan tubuh badan, merangsang peluh, Merawat Asma, merawat sistem pernafasan, Mulberry, Murbei, Sangye, selsema, ubat batuk, ubat mencuci mata.



Pengenalan

Tanaman dengan daun penghasil klorofil ini awalnya dikenal sebagai makanan istimewa ulat sutra, jika tidak makan daun ini ulat sutra tidak menghasilkan sutra yang baik. oleh karena itu, banyak petani yang membudidayakan tanaman ini. Mulberry adalah jenis tanaman yang tumbuh dengan sinar matahari sehingga tanaman ini dapat tumbuh pada ketinggian lebih dari 100m dari permukaan laut. Mulberry memiliki sebutan nama yang berbeda di tiap negara seperti di Indonesia tanaman ini dikenal dengan sebutan Murbei atau arbei, di inggris disebut Mulberry dan di Cina dikenal dengan nama Sangye.

Menurut ahli kimia, daun murbei mengandung beberapa ekstrak kimia untuk tubuh seperti ecdysterone, inokosterone, lupeol, betasitosterol, rutin, moracetin, isoquersetin, scopoletin, scopolin, alfa, betahexenal, cis beta hexenol, cis lamda hexenol, benzaidehide, eugenol, lanaloolbenzyl alcohol, butylamine, acetone, trigonelline, cholin, adenine, copper, zinc, vitamin (a, b1, c dan karoten) dan asam amino, clorogenik, fumarat, folat, dan asam formyltetrahydrofolik, mioinositol dan phytoestrogren.

Khasiat pokok mulberry 1

Khasiat buah Mulberry ialah :

1.  Pokok Mulberry adalah makanan utama ulat sutera terutama daunnya. Maka disebabkan itulah jika di Malaysia, daun pokok Mulberry dikenali sebagai daun ulat sutera atau besaram.

2. Buah Mulberry mengandungi asid sitrik, gula dan vitamin C. Daun Mulberry pula mengandungi adenin, amilas, asid suksinik, karotena dan kolin. Biji Mulberry mengandungi ureas.

3. Kulit akar pokok mulberi mengandungi beta-amirin, minyak meruap, resinotanol dan sitosterol.

4. Bagi masyarakat di negara China, selain buahnya boleh dimakan segar atau dibuat jem, terdapat juga kegunaan lain. Secara tradisionalnya, buah Mulberry telah digunakan sebagai agen ubatan bagi memberi khasiat kepada yin dan darah, memberi kebaikan kepada buah pinggang dan merawat masalah lemah, keletihan, anemia dan masalah rambut beruban.

Khasiat pokok mulberry 2

5. Buah Mulberry turut digunakan untuk merawat masalah ketidak-bolehan mengawal keluarnya air kencing, pening dan masalah sembelit warga tua.

6. Buah yang telah dikeringkan juga boleh dijadikan sebagai pengganti raisin.

7. Buah Mulberry juga dikatakan mampu memberi khasiat dan merangsang penghasilan cecair badan. Mereka yang mengalami masalah kekurangan cecair, mulut mereka anak kering dan lidah terasa panas. Elok juga mereka makan buah ini bagi memberi khasiat dan menambahkan cecair badan.

8. Buah mulberi ini juga sesuai kepada mereka yang mempunyai masalah mata kering akibat keletihan mata dan akibat bekerja dengan cara mengambil jus mulberi .

9. Buah mulberi juga mengandungi unsur-unsur khasiat seperti mineral dan vitamin. Dikatakan dengan memakan buah Mulberry, mampu membantu menyembuhkan penyakit kronik pada saluran pencernaan, merangsang rembesan cecair gastrik, menguatkan kebolehan bagi mencerna dan menyerap, memperbaiki selera makan dan membuang kembung perut dan sembelit.

10. Wanita yang mengalami simptom-simptom seperti anemia, kepucatan, rasa , sukar untuk tidur dan jantung berdebar-debar dengan kerap terutamanya selepas melahirkan bayi, bolehlah mengambil jus mulberi dengan kerap bagi mengurangkan simptom-simptom tersebut. Ubat kebas tangan dan kaki.

11. Daun mulberi pula dikatakan boleh direbus dan digunakan sebagai ubat mencuci mata yang merah dan bengkak. Daun yang telah kering pula dikatakan boleh dicampur dengan air mendidih atau direbus. Air ini dikatakan boleh diminum untuk tujuan membersihkan tubuh badan, merangsang peluh, ubat batuk, demam panas dan selsema. Daun yang telah dipanaskan pula dikatakan boleh disapu minyak dan dijadikan sebagai ubat tampal pada luka yang parah.

12. Bagi mereka yang mengalami masalah gigitan atau sengatan serangga, daun yang telah ditumbuk lumat boleh dijadikan sebagai ubat tampal pada bekas gigitan atau sengatan serangga tersebut.

13. Jika mengalami masalah tangan atau kaki yang , bolehlah mengambil getah daripada daun atau ranting mulberi, kemudiannya gosokkan pada bahagian yang kebas.

14. Akar pokok boleh direbus dan dijadikan sebagai air minum bagi merawat asma, batuk, busung, melawaskan pembuangan air kecil dan radang. Air rebusan kulit pokok mulberi pula dikatakan boleh diminum untuk merawat sistem pernafasan, asma, batuk, bronchitis, busung, menyingkirkan kahak dan hingus, tekanan darah tinggi, kebas tangan atau kaki.

15. Ranting kering pokok mulberi pula dikatakan boleh direbus dan dijadikan sebagai air minum bagi merawat demam panas dan mengatasi rasa sakit.

Khasiat pokok mulberry 3

Cara penanamannya, potong keratan batang yang telah tua (berwarna coklat) lebih kurang 5-6 inci (pastikan mata tunas tidak rosak) kemudian tusukkan serong (tegak pun boleh,ikut suka) ke dalam tanah /tapak semaian/polibag/pasu. (boleh juga gunakan penggalak akar jika ada duit lebih). Kemudian pastikan pada peringkat permulaan perlu disiram atau mesti kena air sentiasa bagi mempercepatkan proses percambahan/pembentukan tunas (mengambil masa 3-5 hari untuk bercambah bergantung penjagaan). Dah besar tak perlu siram lagi cukup air hujan je.Boleh juga guna apa-apa baja organik yang murah2 .  Pokok Ini mulai berbuah dalam umur 3-4 minggu syarat mesti trim daunnya. pokok yang berusia 1 tahun dan telah berbuah lebat, tingginya sekarang telah mencecah lebih kurang rumah satu tingkat. Tips : Kalau ingin berbuah cepat dan lebat pastikan daun mesti di trim selalu dan baja yang cukup.



Sumber Rujukan

Read more: http://suteraungu87.blogspot.com/2013/11/khasiat-buah-mulberry.html#ixzz3BSp2HY8w

Friday, May 6, 2016

Info dan Khasiat Pokok Kacang Telang



Info dan Khasiat Pokok Kacang Telang

Pengenalan Nama Saintifik:Clitoria ternatea Famili:Kekacang Nama Biasa:Kacang telang Nama lain:Butterfly pea, blue pea Kacang telang atau nama botaninya clitoria ternatea merupakan tumbuhan yang tergolong dalam keluarga Fabaceae. Nama lain bagi kacang telang ialah butterfly pea vine, blue pea, anchan (Thailand), Pukinggan (Filipina) dan Dau biec (Vietnam). Pada zaman dahulu sebelum terjumpanya bahan pewarna seperti yang
Khasiat Pokok Kacang Telang
Dalam usaha mengumpul info khazanah herba di Malaysia, kami susun dan senaraikan pelbagai herba dan ulam yang terdapat di Malaysia. Moga ianya menjadi manafaat untuk semua. Amalan memakan ulam-ulaman segar oleh masyarakat kampung, menjadikan mereka hidup sihat sepanjang hayat. Moga ilmu dan khazanah ini tidak hilang di telan zaman.


Pengenalan

Nama Saintifik:Clitoria ternatea
Famili:Kekacang
Nama Biasa:Kacang telang
Nama lain:Butterfly pea, blue pea
Kacang telang atau nama botaninya clitoria ternatea merupakan tumbuhan yang tergolong dalam keluargaFabaceae. Nama lain bagi kacang telang ialah butterfly pea vine, blue pea, anchan (Thailand), Pukinggan (Filipina) dan Dau biec (Vietnam). Pada zaman dahulu sebelum terjumpanya bahan pewarna seperti yang terdapat dengan mudah sekarang, bunga kacang telang amat popular digunakan sebagai pewarna makanan.

Tanaman ini berasal dari Asia yang beriklim tropika khatulistiwa, tetapi telah diperkenalkan ke Afrika, Australia dan Amerika. Tumbuhan ini akan membaik subur dalam medium yang agak lembap (tanah yang mempunyai kandungan humus yang tinggi) serta memerlukan cahaya matahari secukupnya untuk membesar.
Di kelantan ia juga dikenali dengan nama bunga nasi kerabu kerana ia boleh digunakan untuk mewarnakan nasi kerabu menjadi biru. Tumbuhan ini akan membiak subur dalam medium yang agak lembap (tanah yang mempunyai kandungan humus yang tinggi) dan tanah perlu lembab sepanjang masa. Ia memerlukan cahaya matahari yang secukupnya untuk membesar. Tumbuhan ini boleh membiak dengan cara keratan batang atau biji. Sifatnya yang menjalar menjadikannya sesuai untuk tanaman pada trailis ataupun sebagai tanaman untuk pasu gantung. Bunganya yang berwarna ungu kebiruan akan mekar sepanjang tahun. Untuk menyemainya, biji benih direndam dalam air selama 3 hingga 4 jam sebelum disemai dalam tanah. Selalunya benih akan mula bercambah selepas 7 hingga 14 hari. Untuk keratan batang pula semai dalam pasir yang lembap dan pastikan airnya mencukupi. Tumbuhan ini perlu selalu dipangkas (dipotong rantingnya) untuk memastikan pertumbuhan ranting baru tidak terbantut.

Khasiat


Bunga kacang telang biru digunakan sebagai perwarna nasi kerabu atau pulut. Is juga digunakan dalam proses mewarna mengkuang(untuk kraftangan) dan kain. Bunganya juga banyak digunakan untukmenghitamkan rambut dan menyuburkan kulit kepala. Daun pokok ini boleh digunakan untuk mendapatkan warna hijau. Buah kacang muda boleh dimasak dan dimakan. Akarnya digunakan untuk melawaskan pembuangan air kecil dan dijadikan julap. Biji kacang telang yang dihancurkan dan dijadikan serbuk digunakan sebagai julap. Jika dimakan dalam kuantiti yang sedikit, ia boleh membuka selera makan.
Daunnya dan bunganya juga dikatakan dapat mengurangkan sakit kepala. Caranya, daun atau bunganya dimasukkan dalam kain hingga membentuk bantal dan digunakan untuk tidur oleh pesakit. Bunga kacang telang yang direndam di dalam air bersih, boleh digunakan untuk mecuci mata yang disebabkan oleh mata merah. Air rebusan bunganya yang diminum boleh merawat disenteri.
Bunga dan akarnya dicampur dalam air mendidih, kemudian direbus bersama sedikit gula dan diminum dipercayai dapat merangsang haid. Daun pokok ini yang dihancurkan dan ditampal pada bisul atau jerawat dapat merawat masalah tersebut. Daun telang biru yang diremdam boleh digunakan untuk mencuci mata merah.


Khasiat perubatan bagi wanita


Bunga kacang telang mempunyai bentuk organ luaran seksual wanita, maka nama latin dari genus ‘Clitoria’ , diambil dari perkataan ‘clitoris’ . Dalam beberapa bahasa (Tamil, Malayalam) bunga kacang telang dinamakan ‘kerang’ yang juga mempunyai bentuk organ seksual wanita. Oleh kerana memmpunyai kesamaan bahagian tubuh manusia, tanaman ini dikatakan mempunyai pengaruhi kepada sistem pembiakan manusia. Tumbuhan ini digunakan secara tradisional untuk menyembuhkan penyakit seksual, seperti ketidaksuburan, gonore, mengendalikan kitaran menstruasi (haid), dan juga sebagai afrodisiak. Amalan ini dicatatkam dalam sebuah kepercayaan kuno dicatat dalam Doktrin Signatures.

Terdapat juga kepercayaan yang mengatakan bahawa untuk mengelakkan keguguran, batang kacang telang ini dililitkan pada pinggang perempuan hamil. Sama ada berkesan atau tidak, cara ini tidak dapat dibuktikan.

Menyuburkan rambut

Sejak turun temurun, kacang telang telah dipercayai amat berkhasiat untuk melebat dan menghitamkan rambut. Tumbuhan ini juga dipercayai mampu mengilatkan rambut dan juga dapat menyuburkan kulit rambut.

Mengurangkan sakit kepala
Daun dan bunga kacang telang juga dikatakan mampu mengurangkan sakit kepala. Caranya adalah dengan mengambil daun atau bunga tersebut. Kemudian masukkan dalam kain hingga membentuk bantal dan digunakan sebagai pelapik kepada sewaktu tidur oleh pesakit.
Dikatakan juga bunga kacang telang boleh direndam dalam air panas dan diminum seperti teh untuk mengurangkan sakit akibat ulser mulut. Air rendaman bunga ini juga dikatakan mampu merawat insomnia. Dalam perubatan tradisional pula, tumbuhan ini banyak digunakan untuk merawat sakit telinga, kelenjar membengkak, kolik, sembelit, sakit tekak dan penyakit kulit.
Merangsang memori dan kebijaksanaan
Di India, kacang telang dikenali dengan nama Shankupushpam telah digunakan secara meluas sebagai tonik otak dan ia dipercayai dapat merangsang memori dan kebijaksanaan.
Pewarna makanan dan fabrik
Selain digunakan sebagai pewarna makanan, bahan pewarna yang terhasil daripada rendaman bunga kacang telang juga telah digunakan sebagai pewarna pakaian ataupun nila. Caranya adalah dengan menambahkan warna biru ini kepada air bilasan terakhir pakaian terutamanya pakaian berwarna putih. Tujuannya adalah untuk mencerahkan fabrik tersebut.


Sumber Rujukan

Info dan Khasiat Pokok Letup-letup/Ulat Bulu



Info dan Khasiat Pokok Letup-letup/Ulat Bulu


Nama Saintifik: Passiflora foetida Nama Lain: Letup-letup, letup letup kelambu,Foetid Passion Flower,Stinking Passion Flower,Wild Maracuja, Famili: Passifloraceae Lokasi dijumpai: Kampung Chicha, Kubang Kerian, Kota Bharu, Kelantan Asal: Amerika selatan dan Barat India Pengenalan Pokok Buah Ulat Bulu – Passiflora foetida Pokok ini merayap dan memanjat menggunakan sulur paut. Daun dan batangnya diselaputi bulu halus.  Batang
Khasiat Pokok Letup-letup/Ulat Bulu
Dalam usaha mengumpul info khazanah herba di Malaysia, kami susun dan senaraikan pelbagai herba dan ulam yang terdapat di Malaysia. Moga ianya menjadi manafaat untuk semua. Amalan memakan ulam-ulaman segar oleh masyarakat kampung, menjadikan mereka hidup sihat sepanjang hayat. Moga ilmu dan khazanah ini tidak hilang di telan zaman.



Nama Saintifik: Passiflora foetida
Nama Lain: Letup-letup, letup letup kelambu,Foetid Passion Flower,Stinking Passion Flower,Wild Maracuja,
Famili: Passifloraceae
Lokasi dijumpai: Kampung Chicha, Kubang Kerian, Kota Bharu, Kelantan
Asal: Amerika selatan dan Barat India

Pengenalan

Pokok Buah Ulat Bulu – Passiflora foetida
Pokok ini merayap dan memanjat menggunakan sulur paut. Daun dan batangnya diselaputi bulu halus.  Batang dan daunnya berminyak dan apabila tersentuh pokok ini mengeluarkan bau.  Buahnya kecil sebesar guli bewarna hijau dan apabila masak bertukar menjadi kuning.  Ia diselaputi lapisan bersabut dan berbulu yang memberikan namanya, Buah Ulat Bulu.  Isinya berbiji kecil diselaputi palpa yang rasa manis dan masam seperti buah markisa.  Rasanya enak.  Bunga pokok ini juga kelihatan cantik.
Di negara kita pokok ini kebiasaannya dianggap rumpai.  Sebenarnya pucuk pokok buah ulat bulu enak dimasak sayur air (sayur manis) yang dicampur dengan pucuk kayu manis, pucuk keledek dan lain-lain.  Antara khasiatnya aalah ia boleh membuatkan anda merasa tenang.
Pokok ini berasal dari Amerika Selatan dan Amerika Tengah dan telah digunakan oleh orang tempatan untuk perubatan.   Akarnya digunakan untuk melegakan kejang otot dan juga digunakan untuk tenangkan orang yang diserang  histeria.  Daun yang dilumatkan digunakan untuk mengurangkan bengkak apabila tercedera.

Khasiat

Digunakan dalam perubatan tradisional untuk merawat penyakit kulit seperti gatal-gatal. juga untukmerawat luka dan batuk.Untuk merawat gatal-gatal kulit, keseluruhan pokok ini diambil dan dibersihkan. Kemudian rebus hingga mendidih dan sejukkan air rebusan hingga suam. Air digunakan gunakan untuk membasuh bahagian yang terlibat.Air rebusan ini juga boleh diminum untuk melegakan batuk.
Pucuk dan bunganya boleh dicelur dan dijadikan ulam. Rasanya lemak lemak dan sedap dimakan dengan sambal belacan. Selain itu, pucuknya yang dicampur dengan pucuk kayu manis, pucuk keledek dan lain-lain juga enak dimasak sayur air.
Bagi merawat gatal-gatal kulit, beberapa batang pokok leletup diperlukan. Seluruh pokok termasuk akarnya sekali dibersihkan lalu direbus sehingga mendidih. Setelah suam, airnya digunakan sebagai air basuhan. Bagi merawat batuk pula, cara yang sama digunakan cuma air rebusannya diminum setelah suam. Untuk merawat luka, beberapa helai daun dilumatkan lalu dipupuk pada bahagian yang luka.

Antara manfaatnya untuk anda adalah merawat gatal pada kulit, luka dan melegakan batuk.

A. Gatal Pada Kulit

1. Ambil beberapa batang pokok letup-letup.
Pastikan anda mengambil seluruh bahagian pokok letup-letup. Termasuklah bahagian akarnya sekali.
2. Seperti biasa, bersihkanlah dulu keseluruhan bahagian pokok tersebut.
3. Kemudian, rebuskan pokok letup-letup sehingga mendidih.
4. Setelah mendidih, biarkan air rebusan itu sehingga suam.
5. Akhir sekali, sapukanlah air rebusan tersebut pada bahagian kulit anda yang terasa gatal.

B. Melegakan Batuk

1. Sama seperti langkah no. 1 hingga 4 untuk cara merawat gatal kulit di atas.
2. Apa yang membezakannya, anda perlu minum air rebusan tu secara perlahan-lahan.
C. Merawat Luka
1. Dapatkan beberapa helai daun pokok letup-letup.
2. Bersihkan daun letup-letup tadi dan lumatkannya.
3. Bubuh atau tepek daun yang telah dilumatkan pada bahagian badan anda yang luka.

Habitat

Pokok ulat bulu ini merupakan sejenis tumbuhan yang begitu mudah dijumpai di kawasan-kawasan yang terbiar.Kadar pertumbuhannya begitu cepat sehingga ia dapat menguasai sesuatu kawasan dalam tempoh yang singkat.Tumbuhan ini juga adakalanya menjadi tumbuhan tutup bumi di kawasan-kawasan seperti ladang getah. Ia merupakan sejenis tumbuhan menjalar. Ia mempunyai batang yang kecil dan keras seperti wayar.Permukaan batangnya di litupi oleh rerambut halus yang pendek dan melekit.Daunnya mempunyai 3 cabang seperti daun anggur. daunnya berbau kuat dan agak busuk jika dihancurkan. Tumbuhan ini menjalar dengan menggunakan sulur paut.Bunganya berwarna putih. Buahnya berwarna hijau ketika muda dan menjadi oren kemerahan apabila masak.Tampuk buah/bunga berbentuk seperti jaring yang melindungi buah/bunga dan berwarna hijau. ia seolah-olah perangkap kepada serangga, namun tiada fakta yang membuktikan ia menghadamkan serangga yang terperangkap didalamnya. Tumbuhan ini masih belum dikelaskan kedalam kategori tumbuhan karnivor ,tetapi banyak kajian yang sedang dijalankan keatasnya.buahnya mengandungi banyak biji benih berwarna hitam.Biji benih ini dilitupi oleh isi buah yang berwarna putih, lembut berair dan manis.Buah ini boleh dimakan.

Cc
Sumber Rujukan
http://www.khasiatherba.com



Pokok Misai Kucing

Info dan Khasiat Pokok Misai Kucing





Info dan Khasiat Pokok Misai Kucing

Pengenalan Hampir keseluruhan bahagian pokoknya boleh digunakan. Kehebatan penyembuhan pokok misai kucing ini adalah lantaran kandungan kimianya yang hebat  seperti cirsimaritin, myoinositol, orthosiphon, pillion, rhamnasin, bmlt oioioldsalvigenin, kerotin, kerotinoid, minyak pati, flavanoid, glukosid     glikoprotein, saponin dan terpenoid. Misai kucing telah terkenal sejak turun temurun kerana dapat membuang dan mencuci darah dari toksid 

Khasiat Pokok Misai Kucing

Dalam usaha mengumpul info khazanah herba di Malaysia, kami susun dan senaraikan pelbagai herba dan ulam yang terdapat di Malaysia. Moga ianya menjadi manafaat untuk semua. Amalan memakan ulam-ulaman segar oleh masyarakat kampung, menjadikan mereka hidup sihat sepanjang hayat. Moga ilmu dan khazanah ini tidak hilang di telan zaman.

Pengenalan
Hampir keseluruhan bahagian pokoknya boleh digunakan. Kehebatan penyembuhan pokok misai kucing ini adalah lantaran kandungan kimianya yang hebat  seperti cirsimaritin, myoinositol, orthosiphon, pillion, rhamnasin, bmlt oioioldsalvigenin, kerotin, kerotinoid, minyak pati, flavanoid, glukosid     glikoprotein, saponin dan terpenoid.Misai kucing telah terkenal sejak turun temurun kerana dapat membuang dan mencuci darahdari toksid yang         berlebihan. Juga dapat membantu tubuh mengeluarkan bendalir berlebihan terutamanya dari sendi. Mengandungi kandungan kalium yang mencukupi untuk   menggantikan kehilangan kalium dari badan semasa pembuangan air kencing. Ia juga tidak mendatangkan masalah pada buah pinggang seperti kebanyakan ubat-ubat moden. Dapatjuga merawat penyakit lain seperti gout, athriris, reumatik dan penyakit batu karang, selain dapat mencegah pembentukan batu karang dan jangkitan saluran kencing, diabetes and nephritis. arteriosclerosis (capillary dan masalah peredaran darah),  Terkenal juga dengan khasiatnya untuk merawat kencing manis, mengurangkan kadar kolesterol darah, menurunkan tekanan darah tinggi dan melegakan kekejangan smooth muscle pada   dinding organ dalaman disamping sifat antiseptiknya. Misai kucing atau nama saintifiknya Orthosiphon Aristatus adalah asal usul nama kepada Lippenblütengewächse/Lamiaceae/Labiatae. Pokok herba ini ditemui di seluruh negara Asia Tenggara dan Australia tropika. Banyak khasiat yang terdapat pada pokok    misai kucing ini. Rasanya pasti ramai yang sudah ketahui kebaikan misai kucing kerana di negara Malaysia sangat popular dengan jualan TEH MISAI KUCING.

 KHASIAT

·         Merawat penyakit buah pinggan
·         Batu pundi kencing
·         Jangkitan saluran kencing
·         Hati dan masalah pundi kencing
·         Kencing manis
·         Sakit sendi
·         Batu karang
·         Gout
·         Mengurangkan kolesterol + tekanan darah
·         Bersifat Antiallergic + Antihipertensi + Anti-radang + Diuretik + Arteriosklerosis
·         Nephritis
·         Melegakan kekejangan otot dalam dinding organ dalaman
·         Merawat lemah jantung + darah tinggi

CARA2 PENGGUNAAN MISAI KUCING

·         Ambil beberapa bunga herba misai kucing dan direbus dengan 5 cawan air
·         minum setiap hari pagi + malam sebelum atau selepas makan  ATAU
·         Ambil beberapa bunga herba misai kucing. Digunting kecil2 atau dikoyak2kan
·         Rendam dengan secawan air panas. Tutup dan biarkan suam.
·         Minum hingga habis. Amalkan setiap hari pagi + malam.
Misai kucing ini lebih baik diamalkan setiap hari untuk keputusan yang lebih baik. Semasa pengambilan teh misai kucing, haruslah dijaga juga pemakanan seperti gula dan sebagainya. 
Huraian
Herba Misai Kucing telah digunakan sejak beratus-ratus tahun dahulu oleh pengamal perubatan tradisional untuk merawat penyakit berkaitan pundi kencing (seperti batu karang) dan buah pinggang. Kandungan ortosifonim dan garam kalium (yang terdapat pada daunnya), merupakan komponen utama yang membantu larutnya asid urik, fosfat dan oksalat dalam tubuh manusia, terutama dalam hempedu ataupun ginjal sehingga dapat mencegah terjadinya endapan batu karang. Kandungan saponin dan tanin pada daun juga boleh mengubati penyakit keputihan yang dialami oleh sesetengah wanita.Penyelidikan semasa telah mengenal pasti kesan-kesan Misai Kucing sebagai berpunca daripada komponen fenolik dan flavonoid. Sebatian-sebatian ini merangsang pembersihan sel dan perlindungan yang lebih baik melalui beberapa kaedah. Pertama, ia meningkatkan pembuangan asid metabolik dan natrium melalui ginjal (buah pinggang), yang dipanggil diuresis, dengan cara yang tidak memudaratkan ginjal. Ini menjadikannya antara bahan diuretik paling selamat di kalangan ubatan herba. Sesetengah daripada hasil penyelidikan awal terhadap herba ini telah dibuat berhubung usaha menilai kegunaannya sebagai rawatan tradisional untuk menghapuskan batu karang. Ia merupakan salah satu daripada segelintir bahan herba yang telah diluluskan oleh kerajaan Jerman untuk meningkatkan isi padu air kencing bagi mencegah batu karang. Ia disyorkan khusus untuk mencegah pembentukan batu karang akibat asid urik. Dos saranan untuk herba kering ialah 300 – 800 mg sehari, yakni kira-kira 1.5 – 4 gram daun segar.Selain itu, daun misai kucing juga digunakan sebagai rawatan sakit pinggang, radang ginjal, masuk angin, kencing manis dandemam. Tanaman ini juga boleh digunakan sebagai bahan antialergi, gout, athritis (radang sendi) dan reumatik (sengal-sengal atau lenguh) kerana ia dapat menyingkirkan asid urik dan toksik metabolik yang berlebihan pada sendi dan otot. Bila asid-asid ini terkumpul secara berlebihan pada tisu-tisu, ditambah pula dengan sistem pengedaran yang lemah, itulah yang menyebabkan kesakitan dan radang pada sendi dan otot. Disamping itu juga, misai kucing digunakan untuk mengurangkan kolesterol dan tekanan darah. Penyelidikan juga telah mendapati ianya bersifat antiseptik.Para penyelidik daripada Fakulti Farmasi, Universiti Fukuyama, Jepun telah mendapati bahawa sesetengah daripada sebatian herba ini menggalakkan penurunan secara berterusan terhadap tekanan darah sistolik melalui tindakan vasodilasi (pengembangan pembuluh darah), penurunan keluaran kardiak dan tindakan diuretik dalam penghapusan natrium. Ini menerangkan dengan jelas kesan-kesan positif herba ini dalam rawatan hipertensi yang mana telah berlaku penggunaan herba ini secara berdokumen sebagai rawatan tradisional di Indonesia selama ratusan tahun yang lalu. Dalam satu kajian yang hasilnya diterbitkan pada tahun 2007 oleh Pusat Kajian Sains Farmaseutik di Universiti Sains Malaysia herba ini didapati mengandungi sifat-sifat antioksidan dan penghapus radikal bebas. Ini juga mengesahkan penggunaannya secara tradisional dalam merawat masalah hati, kerana ia telah terbukti merangsang perlindungan hati daripada keracunan bahan toksik secara bergantung pada dos (dosedependent).


info dari
Sumber Rujukan

Daun Rerama Hijau

Khasiat Daun Rerama


(ni pokok cik nur tanam bru jer nak bsr)


Info dan Khasiat Daun Rerama
Daun Rama-Rama Merawat Kanser Nama saintifik: Mariposa Christia Vespertillonis Asal : Rantau Asia Mencapai ketinggian 1.5 hingga 2 kaki dalam masa empat bulan bermula dari benih. Daun yang sudah matang boleh dibuat ubat setelah mencapai tempoh empat bulan. Jika pokok dibiarkan selama setahun dan tidak dipotong, boleh capai ketinggian hingga 5-6 kaki. Kandungan Khasiat Daun
Khasiat Daun Rerama


Dalam usaha mengumpul info khazanah herba di Malaysia, kami susun dan senaraikan pelbagai herba dan ulam yang terdapat di Malaysia. Moga ianya menjadi manafaat untuk semua. Amalan memakan ulam-ulaman segar oleh masyarakat kampung, menjadikan mereka hidup sihat sepanjang hayat. Moga ilmu dan khazanah ini tidak hilang di telan zaman.
Daun Rama-Rama Merawat Kanser
Nama saintifik: Mariposa Christia Vespertillonis
Asal : Rantau Asia
Mencapai ketinggian 1.5 hingga 2 kaki dalam masa empat bulan bermula dari benih.
Daun yang sudah matang boleh dibuat ubat setelah mencapai tempoh empat bulan.
Jika pokok dibiarkan selama setahun dan tidak dipotong, boleh capai ketinggian hingga 5-6 kaki.
Kandungan Khasiat Daun Rerama
Boleh mengubati pelbagai penyakit khususnya kanser dan SLE kerana mempunyai ciri-ciri anti kanser dan anti keradangan yang lazimnya ada pada kebanyakan penyakit.
Mampu meningkatkan antibodi badan dan merawat penyakit berkaitan sel darah merah.




info dari