NF

Sunday, July 10, 2011

Hati Kecilku Sedang Menangis

Tiada sesiapa pom tahu...hati kecilku sedang menangis..walaupun air mukaku sentiasa mengukir senyuman tapi didalam siapalah yang tahu yg hati ni sudah lame menangis...Ya Allah berikan aku kekuatan menghadapi segala dugaan yang akan datang dan sekarang...aku Pasrah dengan segala dugaan,

Wednesday, July 6, 2011

Nikmati Hidup Walaupun Tanpa Si Dia

Jangan biarkan putus cinta membuatkan hidupmu huru-hara.Ayuh!!
segera hiburkan diri!!




Shopping



Kegiatan ini sudah pasti dapat menyenangkan hati semua wanita.tetapi awasi juga ya ketagihan kamu itu! jangan sampai menyusahkan diri sendiri di kemudian hari.Masa shopping tu jgn lah over sangt,mentang kita suh shopping satu mall g bli..he3

Melancong





Pergi road trip bersama teman-teman ataupun melancong dalam dan luar negeri boleh menjadi pengubat
sakit putus cinta yang paling mujarab...nak lebih senang,korang balik jew kg...lg aman....


Menonton Filem





Beli Sebanyak Dvd atau Beli Vcd..atau nak jimat lg..download jer lah banyak2 citer kt internet tu..citer yang lucu2 boleh membuatkan kamu tersenyum kembli.




Meluangkan Masa bersama Sahabat Atau Keluarga




Habiskan masa bersama diorg dengan menonton tv bersama atau mkn mlm,Hindari bercerita tentang bekas kekasihmu.Ingat jangn sesekali mengeluh.




Kata2 Pilihan Hari Ini

< Mak Cakap >
~Baca Lah Blog Nie~
~hehehe~

Mother Say,
Be Nice To People
And People Will Be Nice To You,
Treat Them Equally,
And They Will Treat You The Same Way Too,
And They Will Repay With Kindness,
That What Mother Always Say,
Every Time Evil Attentions Come In My May,
Thinking And Remembering,
Each And Every Word,
Each Though Sometimes The Truth Does Hurt,
Accepting And Forgiving,
That Is The Way To Go,
That What Mother Usually Say,
So And So,
Sweet And Simple As A Mother And Precise Someday
Somewhere,
When I'll Be Stuck in "Those" Days,
That Is When I'll Remember,
What Mother Used To Say....


TIPS UNTUK HILANGKAN STRESS KERJA





Terdapat beberapa tips yang kita boleh amalkan bertujuan mengurangkan tekanan hidup. Antaranya ialah :

1) Biasakan diri berada dalam keadaan berwuduk
2) Perbanyakkan membaca Al-Qur'an
3) Banyakkan Solat Sunat
4) Selalu berdoa kepada Allah
5) Bersangka baik dengan Allah
6) Lakukan kegiatan luar seperti bersukan
7) Amal diet dengan disiplin yang kuat
8) Luahan Hati
9) Hargai kebolehan diri sendiri
10) Cintai diri sendiri

1) Biasakan diri berada dalam keadaan berwuduk
Jiwa kita akan menjadi tenang jika kita membiasakan diri mengambil wuduk sebelum melakukan pekerjaan. Kerja yang susah akan menjadi senang dan mudah diselesaikan. Para pelajar misalnya, disarankan agar membiasakan diri mengambil wuduk sebelum mengulang kaji pelajaran agar apa yang dibaca akan mudah diingati.

2) Perbanyakkan membaca Al-Qur'an

Ganjaran yang besar akan diberikan Allah bagi sesiapa yang membaca
Al-Quran walaupun satu ayat. Waktu yang sesuai bagi kita untuk membaca Al-Quran ialah selepas solat lima waktu dan waktu-waktu lain seperti ketika berehat dan sebelum tidur. Oleh itu, jadikanlah Al-Quran sebagai teman paling akrab pada sepanjang waktu.

3) Banyakkan Solat Sunat
Sebagai makhluk paling mulia di sisi Allah, kita disuruh membanyakkan amal ibadat kita sehari-hari. Antaranya, dengan mendirikan solat sunat. Solat sunat hajat, solat sunat taubat, solat sunat tasbih adalah antara pelbagai solat sunat yang terdapat dalam Islam. Kita bangun pada sepertiga malam dan mendirikan solat-solat sunat tersebut agar beroleh ketenangan dan kekuatan daripada Allah.

4) Selalu berdoa kepada Allah

Allah telah berpesan iaitu jangan menyembah selain daripada-Nya. Ini
bererti kita disuruh berdoa hanya kepada Allah yang Maha Esa dan dilakukan secara berterusan. Waktu-waktu mustajab berdoa adalah pada malam Jumaat, tengah malam, pagi sebelum waktu Subuh, malam hari raya, ketika waktu azan dan iqamah. Insya-Allah, Allah akan memakbulkan doa setiap hamba-Nya yang benar-benar ikhlas. Namun, kita perlulah sedar bahawa sebarang rezeki tidak akan datang bergolek sekiranya tanpa usaha yang bersungguh-sungguh. Maka kita perlulah berusaha supaya mencapai sesuatu di samping berdoa hanya kepada Allah yang Esa.

5) Bersangka baik dengan Allah


Kita sebagai manusia biasanya tidak akan terlepas daripada berhadapan
dengan ujian dalam hidup. Semuanya itu adalah ujian daripada Allah yang Berkuasa bertujuan menguji keimanan kita sebagai hamba Allah. Oleh itu, kita mestilah bersangka baik dengan Allah dan janganlah menyalahkan-Nya jika terjadi sesuatu ke atas diri kita. Kita juga mesti percaya bahawa tentu ada hikmah di sebalik kejadian itu.

6) Lakukan kegiatan luar seperti bersukan

Orang ramai selalu berkata bahawa badan yang cerdas akan membentuk otak yang cergas. Segala tekanan sewaktu bekerja akan dilupakan apabila kita melakukan aktiviti-aktiviti luar yang dapat menyihatkan tubuh badan seperti bersukan. Situasi akan menjadi lebih menggembirakan jika kita meluangkan masa membawa keluarga pergi beriadah. Ikatan kekeluargaan juga akan bertambah erat dan kukuh.

7) Amal diet dengan disiplin yang kuat


Pengambilan makanan yang berlebihan dan tidak seimbang juga merupakan salah satu faktor tekanan sewaktu bekerja. Oleh itu, cara untuk mengurangkan tekanan adalah mengamalkan diet dengan disiplin yang kuat. Diet yang tidak terkawal akan menyebabkan kegemukan dan menimbulkan penyakit kronik yang lain seperti lemah jantung, darah tinggi, kencing manis.

8) Luahan Hati

Tekanan yang dihadapi sekiranya melibatkan individu yang lain dapat
diredakan melalui luahan hati. Sikap cuba menyimpan perasaan tersebut dalam hati boleh menyebabkan diri merana. "Luaran lain, hati lain" ada sesetengah individu apabila mereka mengalami sesuatu tekanan, mereka seolah-olah tidak menunjukkan permasalahan mereka itu. Sebagai contoh, bila dilihat bersama rakan-rakan tetapi dalam hatinya hanya Allah yang Maha mengurangkan tekanan yang dihadapi di tempat kerja.

9) Hargai kebolehan diri sendiri
Kita perlu mempunyai satu sikap yang dipanggil yakin diri. Apabila kita
mempunyai keyakinan diri, maka kita tidak akan mempunyai masalah untuk melakukan sesuatu pekerjaan yang disuruh oleh pihak lain sewaktu bekerja.
Kita yakin bahawa kita boleh melakukan kerja yang disuruh dengan mudah dan tiada sebarang masalah yang dihadapi. Apa yang penting ialah, kita mesti menghargai kebolehan diri sendiri dan memulakan hidup dengan lebih ceria.

10) Cintai diri sendiri


"Cintailah diri kamu sendiri sebelum kamu mencintai diri orang lain".
Jelas daripada maksud sepotong hadis ini, kita dapat memahami bahawa kita perlu mencintai diri sendiri terlebih dahulu berbanding orang lain. Diri kita yang selama ini masih pada tahap lama dalam pekerjaan perlu dipertingkatkan dengan cara yang dinyatakan di atas. Kita perlu memulakan kehidupan kita dengan ceria dan penuh dengan senyuman. Kesimpulannya, tekanan kerja bukanlah satu bebanan yang sukar untuk
diatasi. Dengan usaha yang gigih dan kesabaran yang tinggi serta jalan
penyelesaian yang jitu, bebanan yang kita alami pastinya akan dapat
diselesaikan dengan jayanya





<MooD Mase Nie>


~Stress betol sampai xthu nk pikir ape~

~arrr stress nye~

~tolong saya~

~minum Air jap~
~Rehatkan minda Jap~



P/S: Bukan note asal..

Monday, July 4, 2011

Mimpi Yang Pulang



Artist: Iklim  


Mimpi Yang Pulang


Sumpah yang mana
Yang dapat merebut seri
Kalung cintamu
Jurang yang mana
Yang mampu memisahkan
Rasa setiaku
Takkan ke mana
Seandai di mulut
Kau tak sepenuh hati

Lidah siapa
Yang manis bermadu dulu
Mungukir janji
Wajah siapa
Berbayang seribu rupa
Meragut kalbu
Tak ke mana
Seandai di hati
Bertakhta palsu
Ragu tak henti

Moga jadi pengalaman
Dan pengajaran
Antara kita
Tidak menjadi dendam
Aku takkan muram
Oh kerananya...

Pedih ku buang
Mimpi pun pulang
Bersama engkau
Yang telah hilang

Dunia yang mana
Dapat kau sembunyi diri
Lari dari ku
Alam yang mana
Dapat menyisihkannya
Benar kasihku
Pasti nanti
Engkau merasai
Jangan tangisi
Cinta yang pergi








 ~layan Jiwa malam2 ni..boring sangat~

Sunday, July 3, 2011

Flora and Fauna..........

Gambar ni saje jer aku shoot...biasa jer gmbr ni..aku mmg suka tangkap gmbr,,tp aku xthu kew x..yg aku ni ade bakat or tidak lam bidang fotografi ni....


F-stop : f/5.6
Exposure time : 1/30 sec.


F-stop : f/8
Exposure time : 1/60 sec.



F-stop : f/5.6
Exposure time : 1/125 sec.


F-stop : f/8
Exposure time : 1/60 sec.










PS: Semua gmbr ditngkp dengn menggunakan kamera Nikon D3000